Sunday, August 23, 2009

The Most Impossible Mission of Al-Fateh : "The Secret" Revealed in IIUM PJ

Setia berdiri sehingga ke akhir demi mendapatkan secebis mutiara dari sejarah



Tuesday, August 4, 2009

Fomula "90/10" Dalam Memandu Organisasi Menuju Visi


Selama ini, kita pernah mendengar prinsip “80/20” yang dikenali sebagai Prinsip Pareto. Prinsip itu mengatakan, lebih kurang 80 peratus hasil kerja kita berasal dari 20 peratus usaha atau penyebab, sama ada penyebab itu positif atau negatif.

Stephen R. Covey telah mencadangkan formula baru yang bernama “90/10”. Menurut prinsip ini, 10% dari kehidupan kita terdiri dari apa yang terjadi kepada kita, selebihnya (90%) tergantung dari sikap kita dalam menghadapinya. Ertinya, kita tidak dapat mengawal apa yang akan terjadi kepada kita YANG "hanya" 10% itu.

Kita tidak dapat mencegah kereta kita dari kemalangan. Pesawat kita mungkin tertangguh yang menyebabkan semua jadual asal kita mula serabut. Mungkin kita juga akan mengalami kesesakan jalan raya yang sangat kritikal. Kita tidak dapat mengawal faktor 10% ini.

TETAPI, yang 90% adalah hal yang lain, situasi yang berbeza. Kita dapat mengawal 90% tersebut.

Bagaimana caranya? Dari reaksi kita !

Kita tidak dapat mencegah lampu lalu lintas bertukar menjadi merah, tapi kita dapat mengawal reaksi kita terhadap hal tersebut. Jangan tertipu! – Hanya KITA yang (pasti) dapat mengawal reaksi kita sendiri.

Contoh:

Anda sedang menikmati sarapan pagi bersama keluarga dan tanpa disengajakan, anak anda menumpahkan kopi hitam pekat ke pakaian kerja anda. Anda tidak dapat mengawal apa yang baru sahaja terjadi, namun apa yang akan terjadi selanjutnya akan sepenuhnya bergantung kepada bagaimana reaksi anda terhadap kejadian ini.

Anda mungkin mengutuki diri sendiri di atas kelalaian tersebut...

Anda mungkin memarahi anak anda kerana telah menumpahkan kopi tersebut.

Anak Anda kemudian menangis karena dimarahi. Setelah memarahi anak anda, anda kemudian mengkritik isteri anda karena meletakkan kopi anda terlalu sipi dengan sisi meja.

Kemudian anda dan isteri anda pun bertengkar sejenak. Anda lalu lari ke bilik untuk mengganti pakaian anda.

Di meja makan, anak anda yang sejak dari tadi menangis tidak dapat menghabiskan sarapan paginya dan mengganti pakaiannya untuk sekolah. Dia pun ketinggalan bas sekolahnya manakala isteri anda pula harus segera menuju ke pejabatnya.

Anda terus meluru ke kereta anda dan menghantar anak anda ke sekolahnya.

Kerana sudah agak terlambat, anda pun memandu kereta anda dengan melebihi had laju yang dibenarkan. Anda sampai di sekolah anak anda setelah terlambat 15 minit dan anda mendapatkan surat saman polis karena memandu melebihi had laju.

Anak anda pun terus meluru ke kelasnya tanpa sempat bersalaman dengan anda terlebih dahulu.

Kemudian anda terus meluru ke pejabat anda kerana sudah terlambat 20 minit. Sesampai di pejabat, anda baru sedar bahwa anda lupa membawa kertas tugasan yang diminta oleh majikan anda semalam.

Kerana anda sudah memulai hari anda dengan kekusutan dan jiwa yang serabut, ia membawa fikiran anda tidak tenteram sehinggalah ke jam 5 petang. Anda pun mulai tidak sabar untuk segera pulang rumah. Sesampai di rumah, anda mendapati bahawa situasi di rumah juga sudah tidak begitu ramah seperti sediakala. Ada sedikit ‘jarak’ antara anda, isteri dan anak anda.

Mengapa demikian? Semua ini kerana reaksi anda di pagi hari tadi. Itu SAHAJA.

Apa penyebab hari buruk anda tersebut?

A. Apakah kerana kopi yang tumpah?

B. Apakah kerana anak anda?

C. Apakah kerana anda disaman polis?

D. Apakah anda penyebabnya?

...

....

Jawaban yang benar adalah: D.

Apa yang terjadi dengan kopi anda memang di luar dari kawalan anda, namun reaksi anda terhadap kejadian tersebutlah yang menyebabkan anda memiliki hari yang buruk.

Berikut adalah apa yang dapat dan seharusnya terjadi atas kejadian tersebut:

Anda tertumpah kopi dan anak anda sudah mulai menangis. Anda seharusnya menenangkannya sambil berkata, "Sayang, tiada apa-apa, kamu hanya perlu lebih hati-hati sahaja lain kali."

Lalu sambil membersihkan baju anda dengan kain kecil, anda terus bergegas ke bilik anda untuk menukar pakaian. Setelah selesai berpakaian, anda mengambil kerja tugasan majikan anda dan kembali ke meja makan sambil melihat anak anda yang melambai ke arah anda sedang menaiki bas sekolahnya.

Anda pun dapat sampai di pejabat 5 minit lebih awal dan berbincang-bincang sebentar dengan rakan-rakan kerja anda. Bahkan bos anda juga memberi komentar yang positif terhadap perilaku anda yang sedang senang hati hari itu serta berpuashati dengan tugasan yang telah diberikan kepada anda.

Dapatkah dilihat perbedaan antara 2 senario di atas?

Mereka mempunyai adegan permulaan dan “musibah” yang sama, namun situasi akhirnya yang berbeza..

Mengapa?

Semuanya bergantung bagaimana sikap anda dalam menghadapi situasi tersebut.

Anda memang (pasti) tidak dapat mengawal apa yang akan terjadi pada anda (faktor 10%), tetapi reaksi dan sikap Anda (pasti) dapat mempengaruhi faktor yang 90% itu.

Berikut adalah beberapa saranan untuk mengaplikasikan prinsip 90/10 dalam kehidupan kita sehari-hari. Hakikatnya saranan ini telah lama dipelopori oleh Islam dan diajar 1,400 tahun oleh Rasulullah S.A.W sebelum Stephen R. Covey muncul dengan formula ini:

1. Sentiasa bersangka baik dengan Tuhan bahawa manusia hanya mentadbir, Allah juga yang mentaqdir. Ingat bahawa musibah bagi orang mukmin adalah rahmat dan hikmah. Allah berfirman dengan suatu formula penenang jiwa iaitu “Bolehjadi kamu menyukai sesuatu perkara, namun ia tidak baik untuk kamu. Bolehjadi kamu membenci sesuatu perkara, namun ia baik untuk kamu. Bahawasanya Allah jua yang Maha Mengetahui dan kamu tidaklah mengetahui.”

2. Lihatlah setiap kejadian dan musibah dengan pandangan mata hati, bukan sekadar pandangan mata kasar, jauh sekali dari nafsu. Always cool. Banyak penyesalan dan airmata hati mengalir di bibir mata seseorang selepas insaf terlanjur melakukan sesuatu yang dimurkai Tuhan, namun penyesalan itu sudah tidak berguna lagi.

3. Ingat bahawa kerana al-Quran menyebutkan bahawa orang-orang beriman itu apabila mendengar perkataan-perkataan yang tidak baik ke atasnya, dia terlebih dahulu redha dan bersabar, tidak cepat melatah.

4. Ambil wudhuk jika dalam keadaan marah, duduk jika anda sedang berdiri. Allah menjadikan makhluk-Nya bernama air sebagai tenteranya untuk membantu hamba-hamba-Nya menenangkan hati dari kemarahan.

5. Ingat bahawa setiap reaksi yang salah mungkin akan mengakibatkan anda kehilangan seorang teman baik, atau anda dipecat dari pekerjaan atau anda menghidap sakit jantung, darah tinggi atau stress yang berpanjangan, atau mungkin juga anda ‘kehilangan’ isteri dan anak kesayangan anda.

Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

* salinan semula artikel ini sebaiknya dinyatakan sumber sebagai pengiktirafan atas usaha penulis menterjemah dari tulisan asal bahasa Inggeris Stephen R. Covey

Monday, July 20, 2009

Feedback Kem Motivasi STPM-STAM KISAS 3-5 Julai 2009



Berikut adalah beberapa feedback positif dari peserta-peserta Kem Motivasi Jatidiri KISAS STPM-STAM pada 3 - 5 Julai. Saya merahsiakan nama adik-adik bagi menjaga keikhlasan mereka, memadai dengan email mereka untuk membenarkan kenyataan feedback mereka. Semoga feedback ini membangkitkan lagi semangat sahabat sahabiyah fasilitator alumni Kisas yang banyak membantu saya dalam kem yang memberikan seribu satu makna kepada saya dan isteri 3-5 Julai tersebut.

Kem ini dapat menyelami dan sesuai dengan jiwa saya. Maaf saya tidak mampu untuk memberikan alasan lagi kerana inilah program motivasi terbaik yang pernah saya sertai sepanjang hidup saya. Saya bersyukur dan gembira sangat dipertemukan dengan fasilitator dalam program ini. (Bintu Dddanan, tiada email)

Inilah perjalanan program yang paling sesuai dengan umur kami untuk menerimanya. Lebih banyak membuka minda dan matang dalam tindakan. (Ibnu Zizit, tiada email)

Kem ini cara pelaksanaannya sesuai dengan peringkat umur, tiada tekanan, santai dan memahami. Insya-Allah, saya akan melakukan sedaya usaha untuk melakukan satu transformasi bagi mengecapi kejayaan dunia dan akhirat. Semoga I.P Minda terus mengorak langkah maju demi membantu masyarakat umat Islam khasnya.” (hudrazali@yahoo.com)

Slot matahati (Positive Your Mind) yang digunakan sangat memberi kesan. Tahniah sebab berjaya menambat hati saya dan kawan-kawan. Saya percaya, saya dan kawan sedar sebelum kami terhantuk selepas ini. Saya tabik orang kuat program ini. Tahniah, tahniah, tahniah! Memang bagus ! (edie_vs_adie@yahoo.com)

Kem ini adalah yang terbaik pernah saya sertai dan aktiviti yang dibuat sedikitpun tidak mengantuk.” (Ibnu Hamdan, tiada email)

Kem ini menyebabkan saya tahu potensi diri saya, menambah dan menguatkan semangat saya untuk lebih menjadi seorang pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat di samping dapat menjana tahap pemikiran saya supaya sentiasa berfikira positif. Saya harap program ini dapat dilanjutkan lagi pada masa akan datang, sepatutnya program seperti ini diadakan selama seminggu dan lebih. Program ini sangat best! (nurraihan@yahoo.com.my)

Kem ini memberi kesedaran. Umumnya manusia mudah lupa, dengan program ini ia memberi satu kejutan umpama cas elektrik (ditujukan untuk saya) sebab saya selalu lupa.(ekun_90@yahoo.com)

“Kem ini memberi saya semangat baru untuk saya meneruskan perjuangan dan mengajar saya tidak berputus asa serta mengajar saya erti kehidupan seorang muslimah yang sebenar. Saya berazam untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini dan hendak mengubah sikap ke arah kebaikan dan sentiasa berfikiran positif. Selain itu, saya mahu belajar bersungguh-sungguh.” (azah_star90@yahoo.com)

Monday, May 18, 2009

Secebis Bingkisan "Hadiah" Buat SMK Raja Ali : 13 Rukun Cemerlang Belajar Melalui 13 Rukun Solat

2 Mac 2009, SMK Raja Ali : Saya dan isteri berkesempatan menerima jemputan kuliah "follow-up" adik-adik mad'u saya dari SMK Raja Ali, Jalan Ipoh.

Di awalnya, saya menyatakan pada mereka bahawa mereka semua diciptakan untuk cemerlang, untuk menyahut seruan al-Falah setiap kali azan, dan bahawasanya cemerlang musuhnya bukan gagal, tetapi "baik" dan "sekadar lulus" sebagaimana ungkapan Voltaire, reformis Perancis :
"Kita semua - tanpa terkecuali seorangpun - diciptakan Tuhan di alam ruh dengan jutaan adik-beradik yang turut sama mahu mengecapi kembara alam seterusnya bernama dunia.


Namun, adik-beradik kita yang lain gagal menempat dan melayakkan diri. Kita yang terpilih. Sebuah sel sperma yang telah begitu luar biasa kelajuan dan keupayaannya menembusi segala halangan dan cabaran, akhirnya berhasil mengalahkan jutaan sel sperma lainnya, yang kemudian bersatu membentuk sel ovum dan jadilah Kita!
Kita telah menang di alam rahim maka janganlah menjadi kecundang di alam dunia ini! We born to be a winner."

Di akhirnya pula, saya akhiri mereka dengan hikmah rukun sujud dan sesuatu yang menyentuh hati menyentak jiwa mereka apabila saya paparkan video ini :


Video Janin dalam Rahim Ibu Berkeadaan Sujud Ketika Dibacakan
Ayat-ayat Suci Al-Quran


"Jika kamu pernah sujud di hadapan Tuhan di alam Ruh lantas kamu menyatakan
kamu akur Allah Tuhan kamu. Kemudian di alam rahim kamu juga sujud pada Tuhan
kamu. Kenapakah bila dilahirkan ke dunia, kamu tidak pernah kenal erti sujud
dan tunduk pada apa yang disuruh dan apa yang ditegah oleh Tuhanmu."
 
Ibrah Paradigm Training & Consultancy. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.