Tuesday, August 4, 2009

Fomula "90/10" Dalam Memandu Organisasi Menuju Visi


Selama ini, kita pernah mendengar prinsip “80/20” yang dikenali sebagai Prinsip Pareto. Prinsip itu mengatakan, lebih kurang 80 peratus hasil kerja kita berasal dari 20 peratus usaha atau penyebab, sama ada penyebab itu positif atau negatif.

Stephen R. Covey telah mencadangkan formula baru yang bernama “90/10”. Menurut prinsip ini, 10% dari kehidupan kita terdiri dari apa yang terjadi kepada kita, selebihnya (90%) tergantung dari sikap kita dalam menghadapinya. Ertinya, kita tidak dapat mengawal apa yang akan terjadi kepada kita YANG "hanya" 10% itu.

Kita tidak dapat mencegah kereta kita dari kemalangan. Pesawat kita mungkin tertangguh yang menyebabkan semua jadual asal kita mula serabut. Mungkin kita juga akan mengalami kesesakan jalan raya yang sangat kritikal. Kita tidak dapat mengawal faktor 10% ini.

TETAPI, yang 90% adalah hal yang lain, situasi yang berbeza. Kita dapat mengawal 90% tersebut.

Bagaimana caranya? Dari reaksi kita !

Kita tidak dapat mencegah lampu lalu lintas bertukar menjadi merah, tapi kita dapat mengawal reaksi kita terhadap hal tersebut. Jangan tertipu! – Hanya KITA yang (pasti) dapat mengawal reaksi kita sendiri.

Contoh:

Anda sedang menikmati sarapan pagi bersama keluarga dan tanpa disengajakan, anak anda menumpahkan kopi hitam pekat ke pakaian kerja anda. Anda tidak dapat mengawal apa yang baru sahaja terjadi, namun apa yang akan terjadi selanjutnya akan sepenuhnya bergantung kepada bagaimana reaksi anda terhadap kejadian ini.

Anda mungkin mengutuki diri sendiri di atas kelalaian tersebut...

Anda mungkin memarahi anak anda kerana telah menumpahkan kopi tersebut.

Anak Anda kemudian menangis karena dimarahi. Setelah memarahi anak anda, anda kemudian mengkritik isteri anda karena meletakkan kopi anda terlalu sipi dengan sisi meja.

Kemudian anda dan isteri anda pun bertengkar sejenak. Anda lalu lari ke bilik untuk mengganti pakaian anda.

Di meja makan, anak anda yang sejak dari tadi menangis tidak dapat menghabiskan sarapan paginya dan mengganti pakaiannya untuk sekolah. Dia pun ketinggalan bas sekolahnya manakala isteri anda pula harus segera menuju ke pejabatnya.

Anda terus meluru ke kereta anda dan menghantar anak anda ke sekolahnya.

Kerana sudah agak terlambat, anda pun memandu kereta anda dengan melebihi had laju yang dibenarkan. Anda sampai di sekolah anak anda setelah terlambat 15 minit dan anda mendapatkan surat saman polis karena memandu melebihi had laju.

Anak anda pun terus meluru ke kelasnya tanpa sempat bersalaman dengan anda terlebih dahulu.

Kemudian anda terus meluru ke pejabat anda kerana sudah terlambat 20 minit. Sesampai di pejabat, anda baru sedar bahwa anda lupa membawa kertas tugasan yang diminta oleh majikan anda semalam.

Kerana anda sudah memulai hari anda dengan kekusutan dan jiwa yang serabut, ia membawa fikiran anda tidak tenteram sehinggalah ke jam 5 petang. Anda pun mulai tidak sabar untuk segera pulang rumah. Sesampai di rumah, anda mendapati bahawa situasi di rumah juga sudah tidak begitu ramah seperti sediakala. Ada sedikit ‘jarak’ antara anda, isteri dan anak anda.

Mengapa demikian? Semua ini kerana reaksi anda di pagi hari tadi. Itu SAHAJA.

Apa penyebab hari buruk anda tersebut?

A. Apakah kerana kopi yang tumpah?

B. Apakah kerana anak anda?

C. Apakah kerana anda disaman polis?

D. Apakah anda penyebabnya?

...

....

Jawaban yang benar adalah: D.

Apa yang terjadi dengan kopi anda memang di luar dari kawalan anda, namun reaksi anda terhadap kejadian tersebutlah yang menyebabkan anda memiliki hari yang buruk.

Berikut adalah apa yang dapat dan seharusnya terjadi atas kejadian tersebut:

Anda tertumpah kopi dan anak anda sudah mulai menangis. Anda seharusnya menenangkannya sambil berkata, "Sayang, tiada apa-apa, kamu hanya perlu lebih hati-hati sahaja lain kali."

Lalu sambil membersihkan baju anda dengan kain kecil, anda terus bergegas ke bilik anda untuk menukar pakaian. Setelah selesai berpakaian, anda mengambil kerja tugasan majikan anda dan kembali ke meja makan sambil melihat anak anda yang melambai ke arah anda sedang menaiki bas sekolahnya.

Anda pun dapat sampai di pejabat 5 minit lebih awal dan berbincang-bincang sebentar dengan rakan-rakan kerja anda. Bahkan bos anda juga memberi komentar yang positif terhadap perilaku anda yang sedang senang hati hari itu serta berpuashati dengan tugasan yang telah diberikan kepada anda.

Dapatkah dilihat perbedaan antara 2 senario di atas?

Mereka mempunyai adegan permulaan dan “musibah” yang sama, namun situasi akhirnya yang berbeza..

Mengapa?

Semuanya bergantung bagaimana sikap anda dalam menghadapi situasi tersebut.

Anda memang (pasti) tidak dapat mengawal apa yang akan terjadi pada anda (faktor 10%), tetapi reaksi dan sikap Anda (pasti) dapat mempengaruhi faktor yang 90% itu.

Berikut adalah beberapa saranan untuk mengaplikasikan prinsip 90/10 dalam kehidupan kita sehari-hari. Hakikatnya saranan ini telah lama dipelopori oleh Islam dan diajar 1,400 tahun oleh Rasulullah S.A.W sebelum Stephen R. Covey muncul dengan formula ini:

1. Sentiasa bersangka baik dengan Tuhan bahawa manusia hanya mentadbir, Allah juga yang mentaqdir. Ingat bahawa musibah bagi orang mukmin adalah rahmat dan hikmah. Allah berfirman dengan suatu formula penenang jiwa iaitu “Bolehjadi kamu menyukai sesuatu perkara, namun ia tidak baik untuk kamu. Bolehjadi kamu membenci sesuatu perkara, namun ia baik untuk kamu. Bahawasanya Allah jua yang Maha Mengetahui dan kamu tidaklah mengetahui.”

2. Lihatlah setiap kejadian dan musibah dengan pandangan mata hati, bukan sekadar pandangan mata kasar, jauh sekali dari nafsu. Always cool. Banyak penyesalan dan airmata hati mengalir di bibir mata seseorang selepas insaf terlanjur melakukan sesuatu yang dimurkai Tuhan, namun penyesalan itu sudah tidak berguna lagi.

3. Ingat bahawa kerana al-Quran menyebutkan bahawa orang-orang beriman itu apabila mendengar perkataan-perkataan yang tidak baik ke atasnya, dia terlebih dahulu redha dan bersabar, tidak cepat melatah.

4. Ambil wudhuk jika dalam keadaan marah, duduk jika anda sedang berdiri. Allah menjadikan makhluk-Nya bernama air sebagai tenteranya untuk membantu hamba-hamba-Nya menenangkan hati dari kemarahan.

5. Ingat bahawa setiap reaksi yang salah mungkin akan mengakibatkan anda kehilangan seorang teman baik, atau anda dipecat dari pekerjaan atau anda menghidap sakit jantung, darah tinggi atau stress yang berpanjangan, atau mungkin juga anda ‘kehilangan’ isteri dan anak kesayangan anda.

Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna.

* salinan semula artikel ini sebaiknya dinyatakan sumber sebagai pengiktirafan atas usaha penulis menterjemah dari tulisan asal bahasa Inggeris Stephen R. Covey

0 comments:

Post a Comment

 
Ibrah Paradigm Training & Consultancy. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.