Monday, July 20, 2009

Feedback Kem Motivasi STPM-STAM KISAS 3-5 Julai 2009



Berikut adalah beberapa feedback positif dari peserta-peserta Kem Motivasi Jatidiri KISAS STPM-STAM pada 3 - 5 Julai. Saya merahsiakan nama adik-adik bagi menjaga keikhlasan mereka, memadai dengan email mereka untuk membenarkan kenyataan feedback mereka. Semoga feedback ini membangkitkan lagi semangat sahabat sahabiyah fasilitator alumni Kisas yang banyak membantu saya dalam kem yang memberikan seribu satu makna kepada saya dan isteri 3-5 Julai tersebut.

Kem ini dapat menyelami dan sesuai dengan jiwa saya. Maaf saya tidak mampu untuk memberikan alasan lagi kerana inilah program motivasi terbaik yang pernah saya sertai sepanjang hidup saya. Saya bersyukur dan gembira sangat dipertemukan dengan fasilitator dalam program ini. (Bintu Dddanan, tiada email)

Inilah perjalanan program yang paling sesuai dengan umur kami untuk menerimanya. Lebih banyak membuka minda dan matang dalam tindakan. (Ibnu Zizit, tiada email)

Kem ini cara pelaksanaannya sesuai dengan peringkat umur, tiada tekanan, santai dan memahami. Insya-Allah, saya akan melakukan sedaya usaha untuk melakukan satu transformasi bagi mengecapi kejayaan dunia dan akhirat. Semoga I.P Minda terus mengorak langkah maju demi membantu masyarakat umat Islam khasnya.” (hudrazali@yahoo.com)

Slot matahati (Positive Your Mind) yang digunakan sangat memberi kesan. Tahniah sebab berjaya menambat hati saya dan kawan-kawan. Saya percaya, saya dan kawan sedar sebelum kami terhantuk selepas ini. Saya tabik orang kuat program ini. Tahniah, tahniah, tahniah! Memang bagus ! (edie_vs_adie@yahoo.com)

Kem ini adalah yang terbaik pernah saya sertai dan aktiviti yang dibuat sedikitpun tidak mengantuk.” (Ibnu Hamdan, tiada email)

Kem ini menyebabkan saya tahu potensi diri saya, menambah dan menguatkan semangat saya untuk lebih menjadi seorang pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat di samping dapat menjana tahap pemikiran saya supaya sentiasa berfikira positif. Saya harap program ini dapat dilanjutkan lagi pada masa akan datang, sepatutnya program seperti ini diadakan selama seminggu dan lebih. Program ini sangat best! (nurraihan@yahoo.com.my)

Kem ini memberi kesedaran. Umumnya manusia mudah lupa, dengan program ini ia memberi satu kejutan umpama cas elektrik (ditujukan untuk saya) sebab saya selalu lupa.(ekun_90@yahoo.com)

“Kem ini memberi saya semangat baru untuk saya meneruskan perjuangan dan mengajar saya tidak berputus asa serta mengajar saya erti kehidupan seorang muslimah yang sebenar. Saya berazam untuk menjadi lebih baik dari sebelum ini dan hendak mengubah sikap ke arah kebaikan dan sentiasa berfikiran positif. Selain itu, saya mahu belajar bersungguh-sungguh.” (azah_star90@yahoo.com)
 
Ibrah Paradigm Training & Consultancy. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.